haihoihei,
gambar di atas ni adalah salah satu tanggungjawab, tugasan atau kerja yang aku tengah buat sekarang ni. kalau korang tgk info aku pun, terang-terang dah tulis "Advisor Etiqa". yup aku jual Takaful sekarang ni. Takaful tau, bukannya insuran. aku benci insuran sebabnya? ada mcm2 sebab. tp last-last keje mcm ni jadi pilihan aku. aku pilih Etiqa Takaful setelah beberapa kali aku mencuba pekerjaan yang tidak begitu memberansangkan.
"kenapa mesti Etiqa Takaful? kenapa tak pilih kerja yang bersangkut paut ngan degree and diploma kau ade?" confirm kalau aku jumpe kawan-kawan, even client aku. itu soalan dorang akan tanya kat aku.
jawapan aku? "aku percaya pada rezeki allah, kat Etiqa ni tempat aku. pergi lah interview merata-rata, semua taknak pandang sijil aku. hahahaha. takpe, 10 syarikat tolak aku, aku percaya rezeki aku tak bergantung pada degree/diploma aku semata-mata. lagipun aku amik graphic sebab minat. dan sedari kecik, cita-cita aku adalah businesswoman + designer. dua-dua aku tgh jadi skank ni. haha.
so berbalik pada pekerjaan aku sekarang ni. kerja susah ke? senang tak? jual insuran ni susah kan?
hahaha, aku jual takaful. bukan insuran. tp kebanyakkan orang akan ckp, ala sama ape insuran , takaful ni. cik akak, cik abang. paham kan maksud takaful, before kata takaful dan insuran adalah sama ye.
kerja aku flexibel. rasa malas nak bangun pagi, aku keluar rumah tengah hari. kalau rasa malas nak balik malam, aku balik petang. tapi, aku kene cari prospek sebanyak mungkin. cari client sehari 10 orang, dalam sehari mesti ade sorang dua kene closing. baru lah hujung bulan aku akan berduit.
mula-mula aku rasa, boleh ke aku buat kerja ni? terlalu banyak rejection+negatif feedback dari orang ramai. tapi aku kene lah yakin boleh, insyaallah :)
paling best, bila aku lulus TBE, and kalau aku ade closing. masyukkk weyh. hahaha
p/s : gerammnya bila ade client mintak buat design, banyak-banyak tp bayar ciput. ish

No comments:
Post a Comment